TABIKA KEMAS
PENGENALAN
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tabika Felda Tersang 1 mempunyai 3 buah kelas iaitu Kelas Merah, Kelas Kuning dan Kelas Biru. Pengurusan Tabika ini terdiri daripada 3 orang guru, dan 3 orang pembantu tabika.
AKTIVITI TAHUNAN
– Sukan tahunan
– Lawatan sambil belajar
– Sambutan kemerdekaan
– Hari potensi (Bakat kanak-kanak) contoh : bermain bola jaring & rounders
– Hari graduasi (6 tahun sahaja)
– Perjumpaan dengan ibu bapa (tandatangan buku rekod)