MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utrama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan islam.
Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia. Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaysia” (GM).
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh layari di pautan berikut : http://www.dakwahdigitalkdb.my