mcmc
Maklumat Pi1M

PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA TERSANG 1

Mengucapkan selamat datang dan terima kasih

kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami

PENGENALAN

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Tersang 1 telah beroperasi selama lebih 13 tahun iaitu bermula pada Mac 2010. Dahulunya ianya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Tersang 1 dikendalikan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus (Firdaneez Binti Zaidin) dan Penolong Pengurus (Mohd Nizam Bin Othman)

Di sini kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk komuniti setempat seperti penggunaan internet dengan harga yang berpatutan, wireless secara PERCUMA (untuk Ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi)), cetakan hitam dan warna, fotostat, laminating, binding, scanning dan lain-lain. Dengan hanya mendaftar keahlian RM5 seumur hidup, kami memberikan kelas dan latihan secara percuma untuk komuniti setempat. Antara kelas dan latihan yang kami jalankan adalah pengenalan kepada asas komputer bagi mereka yang ingin belajar mengenali komputer dan internet, pengenalan kepada laman-laman web yang boleh dilayari, pengenalan kepada asas keusahawanan, asas grafik dan video dan lain-lain.

Kami juga amat menggalakkan program bersama-sama dengan badan-badan komuniti yang lain seperti Perpustakaan Desa, Tabika, Persatuan Belia dan lain-lain. Kami berharap agar dengan kerjasama ini kami dapat memberi pendedahan kepada semua mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini dan sentiasa ada perhubungan yang baik bersama komuniti. 

Sejajar dengan penubuhan PEDi sebagai pusat merapatkan jurang digital, PEDi juga memberikan latihan ICT kepada komuniti yang telah menjadi ahli secara percuma seperti:

v  Pengenalan Asas Komputer

v  Asas Internet

v  Klik Dengan Bijak

v  Kelas Asas Keusahawanan

v  Intel Learn Easy Step (ILES)

v  Aplikasi  Elektronik

v  E-Kerajaan

v  E-Pembelajaran

v  E-Dagang

v  Desktop publishing seperti Microsoft Office

v  Microsoft Office Word

v  Microsoft Office Excel

v  Microsoft Office Powerpoint

 

KENALI PETUGAS