mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) : PENIPUAN CINTA

Tarikh17 September 2025
Masa10.00 am – 11.00 am
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta7 orang

Tujuan

Program Kempen Internet Selamat: Penipuan Cinta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penipuan cinta dalam talian yang semakin berleluasa di media sosial dan platform komunikasi maya. Melalui program ini, peserta didedahkan dengan tanda-tanda dan taktik yang sering digunakan oleh sindiket penipuan cinta seperti penggunaan identiti palsu, pujukan emosi, serta permintaan wang secara halus. Selain itu, kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna internet agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika berinteraksi dengan individu tidak dikenali.

Aktiviti

– Penceramah menerangkan mengenai topik berkenaan.

– Aktiviti soal jawab dan maklum balas daripada penceramah dan peserta.

GAMBAR DISINI

CYBERSECURITY: SIM SWAP (ANCAMAN SIBER KEPADA USAHAWAN)

Tarikh18 September 2025
Masa3.30 pm – 4.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 orang

Tujuan

Program Kempen Internet Selamat: Ancaman SIM Swap kepada Usahawan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan usahawan tentang bahaya jenayah siber yang melibatkan serangan SIM swap, iaitu kaedah penipuan di mana penjenayah mengambil alih nombor telefon seseorang bagi mengakses akaun peribadi dan perniagaan mangsa. Melalui kempen ini, usahawan didedahkan dengan cara serangan ini berlaku, seperti melalui pancingan data (phishing), penyamaran diri, atau kebocoran maklumat peribadi.

Aktiviti

–  Memberi penerangan mengenai tajuk berkenaan

– Sesi soal jawab bersama peserta program

GAMBAR DISINI

NADI MAHIR: KELAS MAHIR MASAK SESI 4 PENGAMBILAN 2

Tarikh25 September 2025
Masa3.00 pm – 4.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 Orang

Tujuan

Program Kelas Mahir Masak bawah anjuran NADI Mahir bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran memasak secara praktikal dan kreatif bagi meningkatkan kemahiran diri serta potensi menjana pendapatan. Melalui kelas ini, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik masakan moden dan tradisional, cara penyediaan bahan dengan betul, serta kaedah penyajian yang menarik dan profesional.

Aktiviti

– Guru Memasak mengajar peserta berkaitan dengan topik memasak mengikut tajuk

– Sesi soal jawab dan refleksi bersama guru memasak selepas selesai.

GAMBAR DISINI

NADI SAFE: KELAS KESEDARAN PECUTAN MERDEKA

Tarikh30 September 2025
Masa3.00 pm – 4.00 pm
LokasiNADI FELDA TERSANG 1
Peserta2 Orang

Tujuan

Program NADI SAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang kepentingan menggunakan internet dengan bijak, beretika dan selamat. Melalui kelas ini, peserta didedahkan kepada pelbagai ancaman dalam talian seperti penipuan siber, buli siber, pencerobohan akaun, serta penyebaran maklumat palsu yang boleh menjejaskan keselamatan dan privasi pengguna

Aktiviti

–  Memberi penerangan mengenai tajuk berkenaan

– Sesi soal jawab bersama peserta program

GAMBAR DISINI