mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025

DILEA: WEBINAR BERKALA SEJARAH EDISI 2 TINGKATAN 4 & 5

Tarikh02 Ogos 2025
Masa2.30 pm – 4.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 orang

Tujuan

Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat serta pemahaman pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap mata pelajaran Sejarah melalui pendekatan interaktif dan berfokus kepada topik yang berkaitan dengan kurikulum. Webinar ini juga diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam, mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), serta mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan berkesan.

Aktiviti

– Penceramah menerangkan mengenai topik berkenaan.

– Aktiviti soal jawab dan maklum balas daripada penceramah dan peserta.

GAMBAR DISINI

GOVERNMENT INITIATIVE: MYKASIH

Tarikh02 Ogos 2025
Masa3.00 pm – 4.00 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 orang

Tujuan

Program pengajaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi dan peranan laman web MyKasih sebagai platform bantuan kebajikan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi digital dalam menyokong penyaluran bantuan, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Aktiviti

–  Memberi penerangan mengenai MyKASIH

–  Pelajar memasukkan no kad pengenalan dan menyemak status

GAMBAR DISINI

KIS: KEMPEN INTERNET SELAMAT – SK RAUB INDAH

Tarikh08 Ogos 2025
Masa8.15 am – 11.00 am
LokasiNADI Felda Tersang 1
PesertaPelajar Sekolah & Guru

Tujuan

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, berhemah dan bertanggungjawab. Melalui program ini, murid didedahkan kepada cara-cara melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti ancaman siber seperti buli siber, penipuan dalam talian dan kandungan berbahaya, serta mengamalkan etika digital yang positif. Selain itu, kempen ini juga bertujuan memupuk budaya celik teknologi yang sihat agar murid dapat memanfaatkan internet sebagai medium pembelajaran, komunikasi dan hiburan dengan lebih bijak serta selamat.

Aktiviti

– Penceramah dalam kalangan staff NADI pergi ke stesen-stesen mengikut topik

– Sesi soal jawab dan refleksi bersama penceramah selepas selesai.

GAMBAR DISINI

SARINGAN MLBB X NADI MUSIM KE-3 NADI FELDA TERSANG 1

Tarikh09 Ogos 2025
Masa9.00 am – 6.40 pm
LokasiNADI FELDA TERSANG 1
Peserta23 Orang

Tujuan

Saringan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dianjurkan bagi memberi peluang kepada golongan belia dan peminat permainan digital menunjukkan kemahiran serta bakat dalam arena e-sukan. Program ini juga bertujuan membina semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan daya saing sihat dalam kalangan peserta. Selain itu, pertandingan ini dapat menjadi platform untuk memperkenalkan potensi e-sukan sebagai industri yang berkembang pesat dan mampu menjana kerjaya pada masa hadapan.

Aktiviti

–  Peserta bertanding untuk terpilih menjadi wakil NADI

GAMBAR DISINI