mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025

DILEA : KELAS BAHASA INGGERIS ZON B

Tarikh09 MEI 2025
Masa3.30 pm – 4.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1

Tujuan

Kelas Bahasa Inggeris oleh Dilea adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris secara menyeronokkan, interaktif dan berkesan. Program ini adalah untuk mendidik peserta untuk menjawab soalan-soalan bahasa Inggeris berdasarkan silibus.

Aktiviti

– Pengajar menghuraikan pengajaran kepada peserta Dilea

– Aktiviti soal jawab dan maklum balas daripada guru serta rakan-rakan juga menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang interaktif

GAMBAR DISINI

CYBERSECURITY – PERLINDUNGAN SIBER DAN ANCAMAN PENGGODAM

Tarikh10 Mei 2025
Masa4.30 pm – 5.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta5 Orang

Tujuan

Kelas Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam merupakan sebuah sesi pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai aspek keselamatan digital dalam dunia moden yang semakin terdedah kepada ancaman siber. Dalam kelas ini, peserta akan didedahkan kepada pelbagai bentuk serangan penggodam seperti phishing, malware, ransomware dan social engineering, serta cara mengenal pasti dan mengelak daripada menjadi mangsa.

Aktiviti

–  Pengenalan kepada Cybersecurity

–  Huraian kepada topik dan sub-topik berkenaan tajuk yang dibincangkan. 

GAMBAR DISINI

KEMPEN INTERNET SELAMAT – LAMAN WEB BERBAHAYA (SAFE)

Tarikh17 Mei 2025
Masa10.00 am – 11.00 am
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta3 Orang

Tujuan

Tujuan utama program NADI SAFE – Laman web Berbahaya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko melayari laman web berbahaya serta teknik mengenal pasti laman web yang mencurigakan. Dalam dunia digital masa kini, ramai pengguna terdedah kepada penipuan atas talian, kecurian data, dan serangan perisian hasad (malware) akibat mengakses laman web yang tidak selamat.

Aktiviti

– Dibincangkan dan dibentang oleh penceramah yang arif dalam tajuk Cybersecurity

– Sesi soal jawab dan refleksi bersama penceramah selepas selesai.

-Penerangan lain daripada petugas sebagai maklumat tambahan

GAMBAR DISINI

Tiny Techies –Bengkel SQL

Tarikh17 Mei 2025
Masa10.00 am – 11.00 am
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 Orang

Tujuan

Kelas Asas SQL Secara Online merupakan satu inisiatif pembelajaran digital yang memperkenalkan peserta kepada bahasa pengaturcaraan Structured Query Language (SQL) – bahasa yang digunakan untuk mengurus dan memanipulasi pangkalan data. Kelas ini direka khas untuk individu tanpa latar belakang teknikal, pelajar, dan juga profesional yang ingin meningkatkan kemahiran dalam analisis data.

Sepanjang sesi ini, peserta akan mempelajari asas-asas penting seperti struktur pangkalan data, cara menulis perintah SQL seperti SELECT, INSERT, UPDATE, dan DELETE, serta memahami konsep JOIN, WHERE, dan GROUP BY. Pembelajaran dilaksanakan secara interaktif menerusi platform dalam talian, dengan nota, latihan praktikal, serta sesi soal jawab secara langsung bersama tenaga pengajar.

Aktiviti

–  Peserta mendengar taklimat daripada tenaga pengajar SQL

–  Peserta mempelajari ilmu baharu dan membuat latihan

GAMBAR DISINI