mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025

KEMPEN INTERNET SELAMAT – ANCAMAN SIBER (MALWARE) – SAFE

Tarikh04 Jun 2025
Masa10.00 am – 11.00 am
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta7 orang

Tujuan

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun mengenai ancaman siber, khususnya berkaitan dengan perisian hasad atau malware. Dalam era digital yang semakin canggih, penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak semakin meluas melalui permainan atas talian, pembelajaran digital dan media sosial. Oleh itu, penting untuk mereka memahami risiko-risiko yang wujud di alam maya dan belajar cara melindungi diri daripada menjadi mangsa serangan siber.

Aktiviti

– Penceramah menerangkan mengenai topik berkenaan.

– Aktiviti soal jawab dan maklum balas daripada penceramah dan peserta.

GAMBAR DISINI

TREND BRACES DIY: BAHAYA TAK?

Tarikh05 Jun 2025
Masa4.30 am – 11.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta8 orang

Tujuan

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dan risiko memakai pendakap gigi (braces) secara sendiri atau dikenali sebagai DIY braces. Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya pendakap gigi dipasang tanpa pemeriksaan dan rawatan oleh pakar pergigian bertauliah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membetulkan persepsi remaja terhadap trend kecantikan yang tular di media sosial agar mereka lebih bijak membuat keputusan berkaitan kesihatan diri. Diharapkan melalui sesi ini, pelajar akan lebih memahami kepentingan menjaga kesihatan mulut dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti

–  Pengenalan kepada DIY Braces

–  Huraian kepada topik dan sub-topik berkenaan tajuk yang dibincangkan. 

GAMBAR DISINI

DILEA: OPEN LIVE CLASS – KELAS MATEMATIK

Tarikh09 Jun 2025
Masa3.30 pm – 4.30 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 Orang

Tujuan

Tujuan program kelas Matematik secara dalam talian ini adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 meningkatkan pemahaman dalam topik-topik penting selaras dengan silibus KSSM serta persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Program ini juga bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran yang fleksibel dan interaktif walaupun di luar bilik darjah fizikal. Melalui kaedah pengajaran secara maya, pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran, latihan, dan bimbingan secara langsung daripada guru

Aktiviti

– Penceramah memilih satu topik untuk dibincangkan

– Sesi soal jawab dan refleksi bersama penceramah selepas selesai.

GAMBAR DISINI

Tiny Techies – Robotik

Tarikh14 Jun 2025
Masa10.00 am – 12.00 pm
LokasiNADI Felda Tersang 1
Peserta1 Orang

Tujuan

Tujuan utama kelas robotik ini adalah untuk memperkenalkan asas sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada murid sekolah rendah melalui pendekatan yang menyeronokkan dan praktikal. Melalui aktiviti membina dan mengendalikan robot ringkas, murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara logik, menyelesaikan masalah, serta berfikir secara kreatif dan kritis. Program ini juga bertujuan memupuk minat awal dalam bidang teknologi dan inovasi selaras dengan keperluan abad ke-21. Selain itu, kelas ini menggalakkan kerjasama berpasukan, komunikasi berkesan dan keyakinan diri dalam kalangan murid apabila mereka melibatkan diri dalam projek berkumpulan dan sesi pembentangan.

Aktiviti

–  Penceramah memberikan ceramah berkaitan robotik

–  Peserta mempelajari ilmu baharu dan membuat latihan

GAMBAR DISINI