NADI WELLBEING: RAHSIA UMUR PANJANG: KUNCI KESIHATAN WARGA EMAS ADA PADA CONNECTION
| Tarikh | 02 Julai 2025 |
| Masa | 3.30 pm – 4.30 pm |
| Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
| Peserta | 5 orang |
Tujuan
Tujuan webinar “RAHSIA UMUR PANJANG: KUNCI KESIHATAN WARGA EMAS ADA PADA CONNECTION” adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya golongan warga emas dan penjaga mereka, tentang kepentingan hubungan sosial dan sokongan emosi dalam meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan secara menyeluruh. Webinar ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana interaksi sosial yang sihat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit mental dan fizikal, memanjangkan jangka hayat, serta memperkukuh kesejahteraan emosi.
Aktiviti
– Penceramah menerangkan mengenai topik berkenaan.
– Aktiviti soal jawab dan maklum balas daripada penceramah dan peserta.
KEMPEN INTERNET SELAMAT: SK RAUB JAYA
| Tarikh | 03 Julai 2025 |
| Masa | 9.00 am – 1.00 pm |
| Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
| Peserta | 12 orang |
Tujuan
Tujuan program Kempen Internet Selamat adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan internet secara bijak, beretika dan selamat dalam kehidupan seharian. Program ini bertujuan mendidik pengguna, terutamanya kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa, mengenai ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu serta pencerobohan privasi. Selain itu, kempen ini juga menekankan amalan keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, kawalan privasi, dan pengurusan maklumat peribadi. Dengan pelaksanaan kempen ini, diharapkan masyarakat dapat melayari internet dengan lebih selamat, mengelakkan risiko jenayah siber, serta mewujudkan persekitaran digital yang sihat dan positif.
Aktiviti
– Memberi taklimat kepada beberapa kumpulan
– Penerangan dan kuiz
GAMBAR DISINI
DILEA: OPEN LIVE CLASS – KELAS SEJARAH
| Tarikh | 04 Julai 2025 |
| Masa | 3.30 pm – 4.30 pm |
| Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Tujuan program kelas Sejarah secara dalam talian ini adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 meningkatkan pemahaman dalam topik-topik penting selaras dengan silibus KSSM serta persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Program ini juga bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran yang fleksibel dan interaktif walaupun di luar bilik darjah fizikal. Melalui kaedah pengajaran secara maya, pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran, latihan, dan bimbingan secara langsung daripada guru
Aktiviti
– Penceramah memilih satu topik untuk dibincangkan
– Sesi soal jawab dan refleksi bersama penceramah selepas selesai.
E-SUKAN – MLBB MUSIM 2 X NADI – SEMI FINAL & FINAL
| Tarikh | 05 Julai 2025 |
| Masa | 8.00 am – 3.00 pm |
| Lokasi | IKBN, Temerloh |
| Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Pertandingan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Temerloh dianjurkan bagi memberi peluang kepada golongan belia dan peminat permainan digital menunjukkan kemahiran serta bakat dalam arena e-sukan. Program ini juga bertujuan membina semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan daya saing sihat dalam kalangan peserta. Selain itu, pertandingan ini dapat menjadi platform untuk memperkenalkan potensi e-sukan sebagai industri yang berkembang pesat dan mampu menjana kerjaya pada masa hadapan.
Aktiviti
– Peserta bertanding di Semi Final & Final
– NADI FELDA TERSANG 1 mendapat tempat ketiga dalam pertandingan