mcmc
Laporan AktivitiUncategorized

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2025

STEM IOT – ENGINEERING.COM

Tarikh

11, 18 & 22 Januari 2025

Masa

10.00 am – 11.00 am, 3.00 pm – 4.00 pm & 10.00 – 11.00 am

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

7

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta untuk belajar sambil bermain. Di laman web ini, peserta dapat belajar sambil bermain dengan menyelesaikan masalah yang terdapat dalam permainan. Permainan tersebut adalah berteraskan STEM dimana memerlukan pemikiran kritis untuk penyelesaian. Permainan ini juga memupuk idea dan kreativiti untuk penyelesaian masalah dan menjadi salah satu sumber pembelajaran yang baik untuk para peserta. 

Aktiviti

– Peserta membuka laman web dan memilih permainan berasaskan STEM. 

– Peserta menyelesaikan permainan mengikut peringkat dalam permainan hingga permainan selesai

GAMBAR DISINI

SOFT SKILLS – WEBINAR NADI SAFE & SHIELD 

Tarikh

24 Januari 2025

Masa

3.00 pm – 4.00 pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

8 Orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendidik peserta untuk menggunakan Internet dengan selamat. Komuniti dalam Internet dibentuk supaya semua yang melayari Internet dan menggunakan Internet dapat menggunakannya dengan selesa dan aman tanpa berdepan dengan bahaya-bahaya yang dapat mengancan maruah, wang ringgit mahupun keselamatan pengguna Internet. Program ini menyasarkan pelajar sekolah sebagai peserta kerana mereka masih baru dalam penggunaan Internet. 

Aktiviti

– Peserta mendengar ceramah NADI Safe & Shield iaitu webinar dari NADI

– Peserta mendengar maklumat yang disampaikan oleh penceramah

Penerangan lain daripada petugas sebagai maklumat tambahan

GAMBAR DISINI

SOFT SKILLS – WEBINAR NADI SAFE AND SHIELD 

Tarikh

27 Januari 2025

Masa

10.00 am – 11.00 am

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

7 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk mendidik peserta untuk menggunakan Internet dengan seamat dan seterusnya mewujudkan komuniti Internet yang boleh dipercayai. Internet merupakan platform tanpa sempadan yang digunakan oleh semua peringkat umur sama ada muda mahupun golongan tua. Internet juga digunakan dengan pelbagai tujuan sama ada baik mahupun buruk. Oleh itu, kelas ini diadakan untuk mendidik khusunya kepada golongan yang baru berjinak-jinak menggunakan Internet supaya dengan kehadiran mereka dapat mewujudkan dan mendidik golongan lain untuk menggunakan Internet dengan selamat. 

Aktiviti

–  Peserta mendengar taklimat daripada webinar

–  Peserta mendapat pengetahuan baharu mengenai dunia Internet dan keselamatan Internet dengan lebih baik.  

GAMBAR DISINI