mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR (2ND QUARTER OF 2025)

NamaMuhammad Erwan Bin Edey
Umur18 Tahun
Ahli NADI2023
KejayaanPerkhidmatan Pintar X Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI E-Sukan

Latar belakang

Muhammad Erwan Bin Edey berumur 18 tahun dan merupakan lepasan sekolah SMK LKTP Tersang. Muhammad Erwan Bin Edey atau lebih mesra dikenali sebagai Ewan sering melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di NADI. Salah satunya ialah program Perkhidmatan Pintar NADI x E-Sukan.

Pencapaian

Muhammad Erwan Bin Eddey merupakan peserta Perkhidmatan Pintar NADI x E-Sukan sejak Musim 1. Di mana Erwan merupan peserta yang mewakili NADI Felda Tersang 1 selama 3 Musim berturut-turut. Di antara pencapaian adik Erwan di dalam Perkhidmatan Pintar NADI x E-Sukan ialah memenangi Tempat Ke-2 Peringkat Negeri Pahang yang membawa Pulang Hadiah RM 2000.00 pada Musim Pertama manakala pada Musim Ke-2 pula adik Erwan memenangi Tempat Ke-3 Peringkat Negeri Pahang yang membawa Pulang Hadiah RM 1500.00. Selain Aktif di dalam Tournament MLBB, adik Erwan juga sering mengikuti kelas-kelas kesedaran E-Sukan yang dianjurkan oleh Pihak NADI.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Kelas kesedaran E-Sukan
  • Pertandingan NADI x E-Sukan MLBB

Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran:

  • Mengadakan perlawanan saringan MLBB
  • Memberi latihan dan kelas secara percuma kepada ahli berdaftar
  • Menyediakan bilik latihan yang selesa
  • Mengadakan latihan kesedaran E-Sukan