| Nama | Siti Nur Hazwani Binti Hassan |
| Umur | 17 Tahun |
| Ahli NADI | 2022 |
| Kejayaan | Perkhidmatan Pintar X Pembelajaran Sepanjang Hayat |
Latar belakang
Siti Nur Hazwani Binti Hassan berumur 17 tahun dan bersekolah tingkatan 5 di SMK LKTP Tersang. Siti Nur Hazwani binti Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Wani sering melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di NADI. Salah satunya ialah program Perkhidmatan Pintar NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Pencapaian
Siti Nur Hazwani binti Hassan merupakan peserta Perkhidmatan Pintar NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat. Di mana Siti Nur Hazwani telah menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan melalui Program NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat ini diantaranya adalah Program Kelas DILEA, Kelas Tiny Techies, Pertandingan Tiny Techies serta beliau juga menyertai Pertandingan Pidato. Walaupun tidak berjaya di dalam pertandingan Pidato yang disertainya, beliau tidak berputus asa dimana beliau juga antara peserta Top 4 Pahang di dalam Kuiz Tiny Techies sesi Sekolah Menengah.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Kelas DiLea
- Pertandingan Pidato
- Pertandingan Tiny Techies
Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran:
- Membantu penyediaan peralatan Rakaman Video Pertandingan Pidato
- Memberi latihan dan kelas secara percuma kepada ahli berdaftar
- Menyediakan bilik latihan yang selesa
- Mengadakan latihan Online kepada peserta Tiny Techies



