Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Terengganu
23 January 2026
Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya dianjurkan baru-baru ini di Taman Tamadun Islam Convention Centre, Kuala Terengganu. Program ini menghimpunkan kira-kira 100 buah sekolah rendah dan menengah, dua (2) IPTA iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Komuniti MADANI serta orang awam, dengan anggaran kehadiran hampir 1,500 pengunjung. Majlis turut dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Kamaruzaman bin Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik & Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi. #MCMC#KempenInternetSelamat