DILEA – DILEA BAHASA INGGERIS ZON B
Tarikh | 11 April 2025 |
Masa | 3.30 pm – 4.30 pm |
Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
Peserta | 1 |
Tujuan
Kelas Bahasa Inggeris oleh Dilea adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris secara menyeronokkan, interaktif dan berkesan. Program ini adalah untuk mendidik peserta untuk menjawab soalan-soalan bahasa Inggeris berdasarkan silibus.
Aktiviti
– Pengajar menghuraikan pengajaran kepada peserta Dilea
– Aktiviti soal jawab dan maklum balas daripada guru serta rakan-rakan juga menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang interaktif
WEBINAR – CYBERSECURITY FOR WOMEN
Tarikh | 18 April 2025 |
Masa | 3.30 pm – 4.30 pm |
Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Kelas Cybersecurity for Women merupakan satu inisiatif yang memberi penekanan kepada kesedaran dan keselamatan digital khusus untuk golongan wanita. Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, wanita terdedah kepada pelbagai risiko siber – termasuk penipuan atas talian, pencerobohan privasi, gangguan digital dan pencurian data. Kelas ini adalahuntuk wanita dari pelbagai latar belakang, sama ada suri rumah, pelajar, pekerja profesional mahupun usahawan, tanpa memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.
Aktiviti
– Pengenalan kepada Cybersecurity
– Huraian kepada topik dan sub-topik berkenaan tajuk yang dibincangkan.
GAMBAR DISINI
NADI SAFE – WEBINAR PENIPUAN ATAS TALIAN: KENALI PENIPUAN ATAS TALIAN
Tarikh | 19 April 2025 |
Masa | 9.30 am – 10.30 am |
Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Tujuan utama program NADI SAFE – Webinar Penipuan Atas Talian adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan digital yang semakin berleluasa pada masa kini. Program ini memberi penekanan kepada kefahaman tentang pelbagai bentuk penipuan atas talian seperti scam kewangan, penyamaran identiti, phishing, dan penyebaran pautan palsu, yang sering menjerat mangsa tanpa mengira usia atau latar belakang. Melalui sesi ini, peserta akan diberi pendedahan mengenai taktik dan modus operandi yang digunakan oleh sindiket siber, serta panduan langkah-langkah pencegahan yang praktikal untuk melindungi diri dan maklumat peribadi.
Aktiviti
– Dibincangkan dan dibentang oleh penceramah yang arif dalam tajuk Cybersecurity
– Sesi soal jawab dan refleksi bersama penceramah selepas selesai.
-Penerangan lain daripada petugas sebagai maklumat tambahan
DILEA – WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS
Tarikh | 19 April 2025 |
Masa | 2.30 pm – 4.30 pm |
Lokasi | NADI Felda Tersang 1 |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Kelas Bahasa Inggeris Berkala oleh Dilea adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris secara menyeronokkan, interaktif dan berkesan. Program ini memfokuskan tentang kemahiran dalam penulisan, tatabahasa, dan lain-lain.
Aktiviti
– Peserta mendengar taklimat daripada Google Meet
– Peserta mendapat pengetahuan baharu mengenai Bahasa Inggeris dan pengajaran yang interaktif secara dua hala