mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 1

 

 

Pusat Jalur Lebar Komuniti adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat(PPS) di mana Pusat Jalur Lebar Komuniti yang pertama telah dibina pada tahun 2007 dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM). Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, Pusat Jalur Lebar Komuniti kini dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet 1Malaysia tersebut.

Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 1 terletak dalam kawasan komuniti Felda Tersang 1 yang mempunyai kepadatan  300 lebih penduduk. Terletak kira-kira 45km dari Bandar Raub dan 25km dari pekan Cheroh. Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 1 merupakan Fasa Felda kerana dibangunkan dalam kawasan tanah Felda. Mula beroperasi pada 16 April 2010 Pusat Internet Malaysia terletak di bangunan GPW

Felda Tersang 1. Setiap ahli baru yang mendaftar akan mendapat kemudahan penggunaan internet secara percuma 1 jam selama 3 bulan dari tarikh pendaftaran.

 

Selamat datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 1, kami akan memudahkan urusan anda dengan tempat yang selesa dan pelbagai kemudahan yang telah disediakan. Terima kasih.

 

 

     

            Bangunan Pi1m sebelum diubah suai                 Bangunan Pi1m selepas diubah suai