SOFT SKILL – KELAS RESUME
Tarikh |
02 November 2023 |
Masa |
10.00 am –12.00pm |
Lokasi |
PEDi Felda Tersang 1 |
Peserta |
1 Orang |
Tujuan
– Resume adalah dokumen rasmi yang memberikan gambaran secara keseluruhan mengenai kelayakan profesional, termasuk pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan, dan pencapaian penting peserta.
– Biasanya resume akan disertakan sekali dengan surat pengenalan (Cover letter). Peranan resume adalah untuk membantu peserta menceritakan apakah kelayakan peserta dan meyakinkan majikan bahawa peserta berpotensi dan layak diambil bekerja.
– Mengajar peserta cara membuat resume yang kemas dan terbaik bagi membantu mereka memohon sebarang pekerjaan.
Aktiviti
– Petugas menerangkan kepada cara membuat resume yang kemas dan terbaik bagi membantu mereka memohon sebarang pekerjaan
STEM IOT – PENGENALAN KEPADA IOT
Tarikh |
23 November 2023 |
Masa |
3.00 pm –5.00 pm |
Lokasi |
PEDi Felda Tersang 1 |
Peserta |
7 Orang |
Tujuan
– IOT merupakan tuntutan bagi revolusi untuk era ini. Seiring dengan perkembangan dunia terkini, para peserta didedahkan dengan IOT secara terperinci iaitu pengenalan, sejarah IOT, kegunaan IOT dalam pelbagai bidang dan kesimpulan.
– IOT adalah tunjang kepada kemajuan Sains dan Teknologi negara. Oleh itu, para peserta daripada sekolah menengah dan rendah adalah penting untuk menjadi perintis kepada kemajuan akan datang.
Aktiviti
– Pengenalan kepada STEM IOT melalui pembentangan PowerPoint
KELAS ASAS ICT – MICROSOFT POWERPOINT
Tarikh |
24 November 2023 |
Masa |
3.00 pm –4.00 pm |
Lokasi |
PEDi Felda Tersang 1 |
Peserta |
3 Orang |
Tujuan
– Microsoft PowerPoint merupakan satu produk Microsoft yang banyak digunakan oleh pelajar iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar lepasan universiti dan juga digunakan oleh golongan bekerja.
– Oleh itu, kelas ini diadakan dengan tujuan untuk mempersiapkan peserta dengan ilmu ini bertujuan untuk menjadi pelajar yang bersedia menggunakan Microsoft PowerPoint di sekolah.
Aktiviti
– Petugas memberi pengenalan kepada Microsoft PowerPoint dan pengajaran mengenai pembentangan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan kesesuaian pembelajaran di sekolah
STEM IOT – INTERACTIVE GAMES
Tarikh |
27 November 2023 |
Masa |
4.30 pm –5.00 pm |
Lokasi |
PEDi Felda Tersang 1 |
Peserta |
3 Orang |
Tujuan
– Interactive Games diadakan bertujuan untuk merangsang minda peserta melalui permainan atas talian yang bertema STEM iaitu berteraskan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik.
Aktiviti
– Permainan dalam talian yang bertemakan STEM dari laman web https://www.engineering.com/viewAll?category=stem-games&page=home
STEM IOT – PENGENALAN KEPADA INTERNET
Tarikh |
27 November 2023 |
Masa |
4.00 pm –5.00 pm |
Lokasi |
PEDi Felda Tersang 1 |
Peserta |
1 Orang |
Tujuan
– Peserta merupakan pelajar tahun 1 SK LKTP Tersang 1. Oleh itu, peserta didedahkan dengan Interface Komputer dan juga mengenal tentang Internet. Oleh itu, Internet adalah perkara baru bagi peserta.
– Pendedahan ini membantu peserta untuk membiasakan diri dengan komputer dan Internet.
Aktiviti
– Peserta mempelajari asas kepada Internet melalui Google Chrome iaitu di ejen carian utama dan peserta mencuba dengan keyword “Bahasa Melayu”